Sunday, July 31, 2011

10 petanda DIA jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. 
selamat menyambut ramadhan al-mubarak..semoga lebih baik dari sebelumnye...

Saturday, July 16, 2011

bahagia dia diatas penderitaan orang laen..

tajuk atas tu ika suke sangat..sebab kena ngn realiti hidup sekarang..
mane tak nye..baru je clash.tup tap tup dah ade yang baru..alasan nak focus study konon..padahal dah minat SOMEONE..yelah kan..thats gurl cantik, pandai bergaya,faMOUS..dekat lagi..orang kate, tak malu nak bawak kulu kilih..biarlah..mungkin sekarang nasib ika..tak sangke..kesetian ika selame 2 TAUN ni hilang macam tu je..hey, ingat senang ke nak setia kat orang yang JAUH yang tak penah jumpe.just WEBCAM je..orang yang tak reti BERSYUKUR JE yang sanggup buat macam tu..yes, memang dulu ika SAYANG SGT kat die..SETIA..tapi ni yang die balas..THANK YOU SO MUC la BRO CS..pandai berlakon..ika seronok sangat bile dapat tahu BERITA ni"IN RELATIONSHIP" wah..syoknye kanu..mungkin susah untuk ika maafkan kali ni..ntah la..ika malas nak cakp banyak..lepas kan geram.."JANGAN JADIKAN ALASAN NAK TOLONG FAMILY,BAGI HAPI FAMILY OR FOCUS STUD or pape je..JGN NAK jadi HIPOKRIT>>..

                                       "I HATED HIPPOCRATIC"




ika sedih sangat2 , ditambah geram..tapi still sayang lagi sebenarnye..mane tak nye..DUA tahun..bukan lame taw..hurmmmmmmmmmmmmmm....pada kawan2 laen..janganlah kalian sakiti hati ornag...bak kate kak eiza"lets karma do their work"?

Saturday, June 25, 2011

maybe part of loving is learning to let go

Jika Aku Jatuh Hati

ingat tuhan

bile kita dalam keadaan sedih atau terluke atau dilukai..ingat ALLAH sentiase bersama kite..dan itu yang saya lakukan selepas ditimpa musibah sekarang..
tak semestinye benda yang kite inginkan, kite akan dapat..hidup perlu diteruskan..walau dalam ape jua keadaan sekali pun..thank kak eizza and fikri becoz u all support me ika dalam masaalah ni..
biarlah mase yang mengubah semua..ape yang perlu saya buat adalah..bersabar dan terus berdoa..

Sunday, June 19, 2011

dugaan datang bertimpa-timpa..

assalammualaikum..
lame sudah ika mendiamkan diri dari blog..
baru-baru ni ika dapat result exam..sedih sebab tak dapat dean list..sedih jugak sebab kawan-kawan ramai dapat dean list.ape-ape pun ika terima..mungkin itu rezeki ika untuk semester satu..
hari ni..jam 1.00a.m..sedih bile segalenye berakhir..selame setahun setengah dibina..dan akhirnya musnah..sedih bile ianye berlaku..kalau tidak, bulan 12 ni cukup dua tahun..tak tahu nak cakap ape lagi dah..menitisnye air mata tepat jam 1.00 a.m pada isnin 20/6.:(

Sunday, May 22, 2011

hmmm..boring tak tahu nak buat ape..tu yang ika blogg jap..sebenanye tak tahu ape yg nk tulis pon sebenaye..baru sebulan ika cuti..tapi macam happen.
1.balek dari kem lembah pangsun..tak dinafiakn..ianye best..but penat jelah..


2. balek2 je demam panas.dugaan betol..dalam mase yang same..


3.dapat kakak angkat..kakak yang selame ni ika tak suke since dip..tapi sekarang..jadi kakak ika..pelik2..tapi ianye benar..die baek sebenanye...perkara ni terjadi pon.sebb ika nak sangat tahu die ngan faza..tapi die dah citerkan semua..ternyata, faza lagi sayang die..cume die je yang tak suke....tapi, walau cam ne pun..ika tetap sayang faza..tak tahu lah kenape..ianye susah nk ubah..


4.belaja memandu dalam keadaan lemah longlai...huhuh..tapi kuatkan je lah sebb nak habiskan belaja.


5. behan sekarang dah macam faza..macam chipmore..takpelah..biarlah diowang..bak kate kakak, jangan layankan sangat ego laki ni..


hmmm.takat ni je lah nak tulis..bb tak tahu nk merepek ape...tapi rindu yang teramat mr f. 

Friday, May 20, 2011

intersting !!!

hai semua.by the way..patrick tak tahu nk merepek ape...yang penting ika dh tahu sape faza..and dalam mase yang same..ika dah ade kakak angkt baru..KAK EIZA..hopefully kami akn okeyh...die sgt baek...//tu je lah yg nk merepek.bye!

Thursday, April 14, 2011

first sem..

hello everyone...
ika rase lame dh ika tak post pape kt entry ni since time bz dengan assigment hari tu. hmmm penat memang penat..mane taknye..tak tido berhari untuk siapkan buat assignment and presentation..just tido pon sekejap2 je..hurmm.nak wat cam ne dh tanggungjawab en..terpakse lah buat..lau tak cam ne nak lulus t kan..last presentation hari tu adalah subject 453.lega memang lega..tapi ade lah beberape perkara yang tak best..tapi aku rase, tak payah kot citer dalam ni..sebab aku tak nak sape2 terase ngan aku..bialah aku terasa..yang penting aku tak nak orang terase..tapi ntah la..masaalh kawan, sering kali berlaku dalam kehidupan aku..its difficult to find  a true friends..and skg aku belom jumpe agy yang betol2..ntah la..maybe orang kate aku ni ikotkan sangat perasaan, cepat terasa lah, sentap lah..and pape je lah..aku penat dh ..dh la..tak tahu nk tulis pe..t aku cite lagi lah lau rase nk cite.."my first sem not to be like hell"..pape je lah yang aku merepek ni

Monday, April 11, 2011

gembira bertukar sedih

assigment...

then tadi hepi sekejap sebab NABEHAN wish "jnji taw..ika dpt 3.0 ke atas sem ni, dgree kn"..
hepi sebab die still support aku..
SUDDENLY!..
die cakap... something yang *******..
tetibe aku rase down..ntahla...
aku doakan semoge die berjaye..bye

Sunday, March 27, 2011

waitIng friends..

hai sume..saje je upload picture cam ni..boring..hahah(padahal banyak asgmnt n nk kena stdy)...tu gmbar poyo aku..my second time wearing syria..you know what? igot it..ika beli kat karnival keusahawanan semalam..about RM 20 for two pieces..hahah...

soRyY....

hello semua, entry kali ini lebih menyayatkan hati agaknye.sebab..ade jugak yang care bout me..means time aku susah..ade yang perihatin..tak tahu nak cakp cam ne..tapi terima kasih banyak2 kat rabiha rahim dan salika alias kawan ngan ika..terima kasih atas segala nasihat yang diberi..
terima kasih jugak pada raihani amieruddin sebab kamu kawan yang baik walaupun kamu marah2..tapi marah yang bersebab.ika tak biase lagi ngan aida,pija n bella.maybe sebab kami baru kenal time diploma ni.kadang2 terase jugak sebab kena tingal & more it...( myabe sebab aku ni lembab kot, yelah mane taknye kadang2 cakap merepek..)..rindu mase diploma..mase degree ni..aku alone lagi..rase keseorangan yang amat sangat..sebab aku seorang yang pendiam..tak macam diorang..mungkin susah untuk rapat lepas ni..sebab aku tak banyak mulut and have fun cam diowang...maybe.aku akan Independence lepas ni..takpelah..ape pun yang terjadi..aku kena kuat..untuk harungi 3 tahun degree di PUNCAK PERDANA ni..mungkin betol cakap amir, "awk buat je hal awak sendiri".hurmm..sori sebab entry kali ni sedih..sory..sory..sory..minggu ni aku de dua test..hopefully aku boleh perform dengan baek.AMIN..yaAllah berikan ketenangan dan kesenangan dalam menjawab test pada hari selasa dan rabu ni..


Friday, March 25, 2011

ika suke sangat2 coklet..sebab tu motif letak coklet tu..hehehe..
untuk pengetahuan korang  aim ika bulan ni nak beli tudung syria wane itam..sebab senang lau bangon lambat nak pegi kelas nanti..heheh..tapi.ika terase dengan nabehan & abg faza..ntah kenape die tetibe mendiamkan diri..hurmmmm.maybe ika patot biarkan je diorang..ntah2 diorang tgah hepi sekarang..tapi ika lak sedih22..membazir je..

RM1 vs Sabar




patrick star!!..lame jugak ika tak update blog ni..rase cm rindu..hahah..tpi bukan tak nak update..cume tak de benda nk citer..pe motif ika letak gambar duit tu?ngade2 nye kamu..hhehehe..by the way, tu lah duit yang ade dalam pocket aku sekarang..cm ne nak hidup? cube korang bayangkan...lau kite ade duit ckit dalam pocket..so sad..but as human, you should be more patient...becoz semua ni ujian dari ALLAH..kite sebagai hamba hanye mampu bersabar, mungkin rezeki kite belum ade lagi..this month im totally hurting by a group of people.....so, hopefully this april coming ika akn hepi..amin..








Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.
Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.
Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.
Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.
Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.
Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.
Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.
Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.
Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.
Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Thursday, March 10, 2011

kau sangat2!!! anoyingkan aku!!!!

first statement yang keluar dari mulut aku ke fb..tak penah2 aku buat status cm tu...kalau ko nak in relashp sekalipon..its up too you..tapi tak yah la nk tunjuk pic ko ngn die n muncul kat wall aku..untuk pengetahuan ko..aku benci sangat2 dekat ko.akuu benci bile ko hadir dalam hidup aku..ko memang tak berguna...yaAllah..ko jauh kan die dari hidup aku...aku benci ko..benciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiivbenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiiibenciiiii

Wednesday, March 9, 2011

prince cHarming...

hai semua..malam and pagi tadi..ika mimpi best sgt2..mane tak best nye..ika diselamatkan oleh seorang lelaki yang baek dan handsme..hehehe..citernye bermule disebuah sekolah.time tu lepas makan kat kedai makan.ika makan bersama dengan laki tu..entah kenape seccra tibe2.ika rase macam nak balek rumah..ika pun balek lah.dalam perjalanan keluar pintu depan, ex ika kejar ika..ika menjerit sekuat hati.dan tetibe laki yang handsme tu datang...die selamatkan ika, then die bertumbuk dengan ex ika tu because kacau ika.hehehe..sweettt..ika dengan kelam kabutnye memanggil cikgu untuk menyelesaikan masalah tersebut. ex ika cabut lari balek..padan muke die, tak serik2 nak gangu hidup ika. then tetibe cikgu yang ika panggil tu rupa2nye ayah kepada lelaki yang selamatkan ika tu..hehehe...ayah die pakai speck..hahah...ntah kenape ika menangis teresak-esak..sebab ika takot kalau2 lepas ni lelaki yang selamatkan ika tu nanti kena serang dengan ex ika kt luar.pas tu, laki tu pujuk,,,die cakap"awk jgn risau e..die tak kan berani kacau saya" hehhe.. then telePon ika berbunyi..adik kol mak suruh balek..hhaah...pastu ika cakaplah kt laki tu"awak saya nak balek dulu eh" die jawab:"eh berani ke awk balek malam2 ni sorang, jalan kaki lak tu, takpelah bia saya yang hantarkan" dalam  masa  die nak tolong antakan tu,.. tetibe minyak kereta habis..die gune kereta ayah die...last2..aku terjaga sebab abang zahid, abg angkat aku telePon..tahu tak ...laki yang selamtkan ika tu name die YUSRI..tinggal kat kota tinggi, tapi yang sedihnye..ika tak ingat muke die..:(..tapi walau apa pon, ika hepi sebb die dh selamatkan ika..hehhhe..

Tuesday, March 8, 2011

bru nka uPdate patrick..,hahha


hai semua..lame jugak rasenye ika tak update blog ni since ika balek dari segamat buat clearance..by the way,,ika bru je lepas maen baesketball dengan housemate..bersenam malam2 orang kate good for health..hehehe..



my wish..im dreamming for this gadget...

ipod touch..bile lah agaknye dapat memiliki gadget ni.....

Monday, February 28, 2011

kesabaran...

kesabaran memang membuatkan kita untuk menjadi lebih matang.Untuk abang angkat saya..saya sayang die.tapi
 kenape kamu selalu busy ..dan seolah2 macam tak berminat untuk contct adik..adik tak tahu ape salah adik.sepatah adik text,sepatah abang jawb..adik sedih sangat.kampus abang dengan adik bukan jauh sangat. uitm puncak perdana_________uitm shah alam...sangat dekat...tapi kenape kamu yang membuatkan ianya jauh.knape?knape?knape?..banyak persoalan dalam kepale adik..adik tak tahu knape???? dan bile semua pertayaan ini akan dijawab..adik mampu bersabar dan terus bersabar..

Sunday, February 27, 2011

segamat..segamat...

assalammualaikum..
hai semua...
lame jugak patrick tak update blog ni..hehehe...bukan sebab malas..sebab tak tahu nk citer ape...
dua minggu lepas..ika pergi kampus lame.uitm segamat..kami satu kelas pg...means yg blaja kt segamat je..kami buat clearnce account diplma..huhu..
jam 6.30 pagi kami semua berkumpul dan tunggu kat pondok bas...pukul 7 baru dapat bus..Rapid KL..RM2.oo .hehehe...kami stay kat segamat sampai hari ahad pagi..
mcm2 yang kami buat...ika jumpe classmate... jumpe raja, pie..(buadak yang maen pingpong)...seronok sgt..btol2(versi upinipin)..hehehe..aku tumpang bilik zira...time kat segamat tu...untunglah ade orang yang sudi tumpangkan..hehehe..thanks a lot zira..

ika bersama nadia rusli (yang free hair tu) rindu sgt die..die skrg stdy kt uitm malacca amek MASCOm..maklumlah nk jadi artis kot..heheheh...
yang bju hijau tu..farah..my classmte..im also miss himm..hehehe...die kt segamat..amek ko IM..die dpt Fasttrck tapi tak pegi...


ni lah shappie rozi..members yang maen pingpong ngn aku time karisma....heheheh...rindu die..hahaha..
btw..thanks a lot kat die..sebb kua satu hari ngn ika kt segamat...jalan2..hahah..walaupon mse tu segmt baru pulih dri bnjir...kami makan MCD...aku kuar ngan siti solehah kali..tpi die tak de dalam pic ni..sebab die tak suke amek pic..petang nye pulak..aku maen pingpong dengan pie and raja...yang dok sebelah ika and pakai speck tu..pie...pic raja..ika tak simpan lak...huhuh..jumpe ain( kwn time part one), jumpe roomte...sian die dok sowang...jumpe kak zati..JPK kolej..heheh..mase malam aku nk jumpe classmte aku..aku teserempak ngn kay..hmm.aku buat tak tkenal je...sakit hati ...bile tahu die ngan atyn,,haha..whtever..g pon..bnde dh lepas..just ignore...
classmate.....miss themmm so muchhh

nampaknye semua budak2 kelas dh bnyak berubah..menjadi lebih matang daripada biase..heheh

Wednesday, February 2, 2011

gong xi..

hello semua..dikesempatan ni..ika nak ucapkan selamat menyambut hari raya cina pada semua kaum cina di dalam blog..hehehe..raye cina kali ni..ika pgi jejaln kt jb ni ha..walaupun dgn keadaan yg tak bape sehat..ika demam sbb tekejut kwn cite sal die smlm kt cs..pape pun..ika redha je..ika tahu die tgah dilamun cinta...wish tahniah je lah..lets begin my story:
hehehehehe

hahahah..time raye cina..aku and my aunty and uncke..gi mkn seafood kat gelang patah..gelah nye selalu patah ke??hahahahah...tu ha  pic mknn sempat amek time hbis..huhu
tgk tu..time makn pon leh snap2 pic..sengal tol aku ni...
this is my second edition hehhe,,,second editd..hahahha..maklumlah bru blaja edit..

Tuesday, February 1, 2011

CS here i come !!!....

hello evrybdy....
ha...cuti kali ni.ika dok umah makcik ika....saje..nk jalan2...sbb mybe pas ni ika dh malas nk turun jb..sbb sakit hati kot..and bnyak kenangan....huhu..tdi..pija dh citekn sume pasal die....tak sangke...tp takpelah...ika redha..mybe tu yang terbaik ntok die...tpi..bila teringat..ade org janji nk mkn mcd same..tp..tak jdi...nk jumpe..tp tk jdi..nk dtg kampus ika..tp tak jd..tkpelah..gone.
ha!!!..ni ade sedikit pic...heheh
ika bru blaja edit..tk lawa pun..hahahah..ni pic tim kteorang makn .....sempat agy tu posing2..hahah..famous lah orang kate..hahha
haa..ni lah makanan yang kami makan..licin..sume kelaparan,,,lagi2 pija..hehehe(jgn marah) ...kami makan chicken  blck paper...kenyang....total sume RM73++..hehhehe makan sakan tu.hahaah
lepas je makan..kami jalan2 g..
heheh..im nurul afiqah..td g cs..g t JCo..then teringat lak..time tu jmpe die kt c tu..hahahah..tp..ika just ignore je..benda dah lepas..

Sunday, January 30, 2011

Rahsia Buah Durian Belanda
Durian Belanda, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor dan terbukti secara perubatan mampu membantu mencegah segala jenis kanser. Selain baik untuk mencegah kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stres, dan menstabilkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

kebeNaRaN

hello semua....
ika dh boleh o9..ri tu bill sangkut...
kisah cinta??
ika akn berakhir disini..dimana kisah cinta akn ika lupekan..
kebenaran dah terbukti..malam tdi kwan ika bg tahu sume pasal wan dan ex die..
sanggat2 terkejut dan tak sangke...puas menangis malam tdi...ntok hilang kn semua..
abg angkat marah ika...die suruh lupekan semua...
tapi takpelah..ika redha..dan ika doakan wan dan ex akan bahagie..
ika tahu sume kt segamat..even ika dah tak kat segamat...mungkin banyak kekurangan pada diri ika...
lepas cuti raya cina ni..ika akan mule berubah..insaallah...
no more love in my life...everything is over...
ika akn simpan semua kenangan bersamanye...walaupn perit..tpi..ika kene kuat...
SELAMAT TINGGAL CINTA..

Friday, January 28, 2011

keputusan..

bila depan.kite cume ade dua keputusan je, accept or ignore it.macam kat facebook tu bile orang add kite.tu je pilihan kau sekarang..then bile kau dh accept, samaada kau hepi atawpon tak.tu je pilihan die kan.sama juge macam ape pilihan yang ade kat dunia ni.nama pun dunia, macam2 risiko yang datang, kanan kiri depan belakang.manusia tak kan lari dari semua ni. ini lumrah hidup namanye.

kite kena lepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang laen.macam tu juga bila kite nak buat keputusan. kite kne memutuskan sesuatu kemudian kau melepaskan sesuatu.hidup akan ajar kite bnanyak bende. bende yang kite tak accept pun kadang2 boleh berlaku kat kite.

dan sekarang aku tak terlepas dari menghadapi perkara tersebut. bila mana aku sendiri tak nk melepaskan nye,aku cume tak nak pentingkan diri sendiri. aku nak tengok die bahagiaa dengan orang yang die pilih.biarlah aku berduka, asalkan dia bahagia.

terlalu banyak perkara yang berlaku dan ini telah memberi aku banyak pengalaman dan pengajaran yang aku sendiri tidak sedari. dan about love, aku tak berani nak cakap.aku sendiri pernah gagal dalam hubungan yang dinamakan cinta.tapi aku cume ingatkan sesuatu,aku bukan cari yang sempurna, tetapi aku cume mencari seseorang yang sanggup menerima aku seadannya,jauh mahupun dekat.aku tidak mengaharapkan simpati.diatas kesempatan ini juga, aku ingin meminta maaff pada seseorang.mungkin aku dah sakitkn hatinya dan aku aku tahu aku salah...

tiAda lAgI...

Click to view full size image

hai semua, new story from me ika...
bagon je tido...tetibe tertengok cite tiada lagi..
hahaah...citenye mengesahkan tentang seorang laki yang mengenali seorang wanita..
laki tu kenal pmpuan tu melaluai internet.laki tu minat kat pmpuan tu...
tpi pmpn tu tolak cinta die....kesian die..dah la laki tu seorang laki yang naik, jujur, setia...
satu harri..die jumpe pmpn tu dan luahkan semua perasaan kt pmpn tu.. die kate" jujur saya ckap..saya dh mule suke kat awk, walaupun saya tahu awk takkan terima saya, tp saya tak kesah..sebab saya tahu, saya tak boleh pakse sape2 pun,,tpi sume satu yang saya nk awk tahu, saya akan sayang awk sampai saya mati".die luahkn semua kt pmpn tu..
tapi...
keesokkan nye..die excited nak beli bunga sebb teringin nak bagi kat pmpn tu wwalaupon die anggap kwan je..dalam perjalanan nak jumpe dgn ppmpn u...die excident...dan mati kt tempt kejadian..die mati masuk dalam sungai...dan tiada lagi laki yang akan setia dan jujur menyanygi pmpn... tu...
(this incdnt mostly same with my life mybe)

namPak..

aku bukak fb..
and nammpak die o9 tu..hehehe..
rindu nye kt die..
tapi aku rase die still marah and benci kat aku..takpelah...

Idea dan tip untuk cantik

bawa aksesori

Kamu ingin kelihatan ringkas dan tidak mahu sarat dengan aksesori. Mudah sahaja. Kamu hanya perlu memakai jam, gelang, cincin atau kerongsang untuk menambah seri kamu.

Skrub

Melakukan skrub jika tidak kena dengan gayanya memang sukar dan memenatkan. Perkara ini yang membuatkan kamu malas untuk melakukan skrub di rumah. Jangan biarkan alasan itu memakan diri kamu. Letakkan skrub di dalam bilik mandi. Apabila ada skrub di hadapan mata, kamu pasti berkeinginan untuk melakukan skrub sendiri.

Pelbagai warna gincu
Hanya satu gincu di dalam beg? Ia tidak mencukupi. Kamu perlu meletakkan pelbagai warna gincu di dalam beg supaya mudah digunakan. Oleh sebab kamu malas untuk memberatkan beg tangan kamu, hanya satu gincu tidak mencukupi. Satu langkah yang bijak ialah beli ‘palette’ gincu yang kosong.

Pensel mata

Kamu tidak boleh membiarkan mata kamu kelihatan lembap dan kuyu. Ia membuatkan wajah kamu kelihatan kusam dan tidak bermaya. Cara paling mudah untuk mengembalikan seri pada wajah kamu ialah dengan menggariskan pensel mata pada bahagian atas dan bawah mata kamu.

Krim pelindung cahaya matahari

Ada di kalangan kamu beranggapan tidak perlu memakai krim pelindung matahari. Ia mungkin tidak perlu jika kamu hidup pada zaman dahulu. Ini kerana zaman dahulu pada gadis mengamalkan rawatan secara tradisional dan persekitarannya masih hijau.

Peduli
Jika orang kata beg kamu seperti poket kartun Doremon. Ini disebabkan hanya kamu yang tahu menilai beg kamu yang penuh berisi itu. Cuma disarankan, beg tangan kamu perlulah dari fabrik yang tidak berat supaya bahu kamu tidak terbeban oleh peralatan yang kamu bawa

relax...comedy jap..

Jokes about Animals

A man walks into a bar and says "Bartender gimme a triple shot of Jack". The bartender pours, and the man downs it, slams the glass on the bar and says "Another".
The bartender pours another. The man downs it and says "Another".

As the bartender pours the third glass he says, "Mister you drink like you have a problem. Want to talk about it?"

The man says, "Ten years, ten years I've been married to my wife, and today I go home a little early to surprise her, and I find my best friend, MY BEST FRIEND, in bed having sex with her."

The bartender says "Geez, what did you say."

The man says " I told him, BAD DOG! BAD DOG!"