Friday, January 28, 2011

Idea dan tip untuk cantik

bawa aksesori

Kamu ingin kelihatan ringkas dan tidak mahu sarat dengan aksesori. Mudah sahaja. Kamu hanya perlu memakai jam, gelang, cincin atau kerongsang untuk menambah seri kamu.

Skrub

Melakukan skrub jika tidak kena dengan gayanya memang sukar dan memenatkan. Perkara ini yang membuatkan kamu malas untuk melakukan skrub di rumah. Jangan biarkan alasan itu memakan diri kamu. Letakkan skrub di dalam bilik mandi. Apabila ada skrub di hadapan mata, kamu pasti berkeinginan untuk melakukan skrub sendiri.

Pelbagai warna gincu
Hanya satu gincu di dalam beg? Ia tidak mencukupi. Kamu perlu meletakkan pelbagai warna gincu di dalam beg supaya mudah digunakan. Oleh sebab kamu malas untuk memberatkan beg tangan kamu, hanya satu gincu tidak mencukupi. Satu langkah yang bijak ialah beli ‘palette’ gincu yang kosong.

Pensel mata

Kamu tidak boleh membiarkan mata kamu kelihatan lembap dan kuyu. Ia membuatkan wajah kamu kelihatan kusam dan tidak bermaya. Cara paling mudah untuk mengembalikan seri pada wajah kamu ialah dengan menggariskan pensel mata pada bahagian atas dan bawah mata kamu.

Krim pelindung cahaya matahari

Ada di kalangan kamu beranggapan tidak perlu memakai krim pelindung matahari. Ia mungkin tidak perlu jika kamu hidup pada zaman dahulu. Ini kerana zaman dahulu pada gadis mengamalkan rawatan secara tradisional dan persekitarannya masih hijau.

Peduli
Jika orang kata beg kamu seperti poket kartun Doremon. Ini disebabkan hanya kamu yang tahu menilai beg kamu yang penuh berisi itu. Cuma disarankan, beg tangan kamu perlulah dari fabrik yang tidak berat supaya bahu kamu tidak terbeban oleh peralatan yang kamu bawa

No comments:

Post a Comment